Someone you miss
Bertahun sudah ku menunggu dirimu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untuk ku melupakanmu
Kerna kau ku cintai
Tapi sayang
Kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta
Dahulu
Gitar aku letakkan ke tepi. Tangan pantas mencapai buku notaku yang berwarna biru mint. Lirik lagu terus dicatat kemas.
Hobi.
Hobi aku tulis lirik lagu. Lagu sendu pula tu. Maybe.. aku memang dilahirkan untuk meminati lagu jiwang plus sendu.
Tak kisahlah lagu melayu or lagu inggeris. Korea bukan style aku. Kecuali bila aku bersenam ya. Sebab lagu diorang banyak yang rancak.
Ringtone:Surrender
Telefonku bergetar. Bantal bulat baldu berwarna kuning aku kalihkan. Nasib baik tak penyek huawei aku.
Peah?
"Hello Ji! Malam ni datang rumah aku! Ada tahlil. Datang tau! Kalau tak nanti mama singa terjah rumah kau. Asyik kerja je. Belum lagi bla bla bla.."suara Peah menghilang dari pendengaranku.
Dia kalau tak bebel tak sah.
"Okay okay! Aku datang. Jangan risau. As long as aku bukan mangsa cupid match mama kau"balasku memotong percakapannya. Peah sangat suka membebel kat aku. Geram je rasa. Mama dia.. er.. Puan Raisya sangat suka menjodohkan ansk orang. Aku pun tak faham kenapa. Aku pernah jadi mangsa mama dia. Tapi aku abaikan. Mamat tu pun abaikan. Kalau tak silap aku,mamat tu Pengurus apa entah dekat satu hotel lima bintang. Dan aku pula waktu tu masih lagi kebudak-budakan. Main masak-masak dengan Peah lagi waktu tu. Haha.
Back to reality.
"Okay Ji.. pakai baju yang kita baru beli kelmarin tau! Biar sedondon. Kat sweeet gitu!"kata peah dengan nada paling gedik yang aku selalu dengar.
Aku kuntum senyuman. Walaupun dia tak nampak. "Okay Sofea. Jangan risau. Tudung pun aku pakai yang sedondon ya? Barulah bagai pinang dibelah dua. Cincin dengan permata. Bye.. Muah!"kataku dengan gaya diva sebelum meletakkan panggilan tanpa mendengar kata-kata selanjutnya dari Sofea.
Telefon aku selitkan di bawah bantal baldu tadi. Aku vibratekan telefonku. Malas nak dapat notifikasi selanjutnya.
Gitar aku capai. Headphone disaru g kemas di kepala.
Mengapa ini semua harus berlaku?
Apakah ini semua kerna diriku?
Sedangkan aku
Cuma watak
Dalam percintaan
Tak sanggup
Aku
Melepaskanmu..
____________________________________
Rossa berdiri di depan meja bos nya. Harini mood bos nampak baik. Agak baik. Lepas dia marah pekerja yang leeat hantar dokumen lima minit lalu. Hurmm..
"Nama gadis haritu Zinnirah As-Safiyah. Dia dibesarkan oleh ayah dia sejak dia berusia dua minggu. Mak dia meninggal sasa berpantang. Syahid ya tuan. Ayah dia.. askar. Mak dia dulu seorang usahawan. Mak dia ada restoran. Okay. Kemudian.."rossa membaca setiap butiran dengan penuh teliti. Dia kemudian mentalak skrin tabletnya.
"Dia belajar di sekolah.. wow! Dia pernah mengambil kelas balet bersama kawan baiknya. Sofea. Semasa mereka 4-7 tahun. Then diorang stop. Diorang belajar di sekolah yang sama dari tadika. Dia dibesarkan dengan baik sebab.. mak long dia ibu tunggal tapi ada anak lelaki. Arif Daniel. Mak long dia jadi ibu susuan dia dan tolong ayah dia jaga dia. Arif.. tua dua tahun dari Zinnirah atau nama gelarannya... Ji. Dia mula gunakan gelaran tu sejak sekolah menengah. Dia lepasan asrama penuh. Sekolah rendah dia bersekolah di sekolah swasta dan agak private. Dia ada diploma bisnes dan diploma kulinari. Kerja dia sekarang,dia ada banyak kerja tuan. Mahu saya bacakan?"jelas rossa dengan penuh minat. Dia kelihatan seronok membaca maklumat peribadi Zinnirah.
Aaaa memandang Rossa. Dari tadi dia khusyuk mendengar. "Baca."katanya sepatah.
Rossa melihat semula ke arah skrin tabletnya. "Dia ada produk dia sendiri iaitu.. lasagna,tortilla dan brownies. Dia ada buat kerja lain juga seperti dropship produk terkenal dan dia juga seorang model di sebuah syarikat yang saya kira terkenal sebab tuan pernah pergi sana. Rasanya syarikat kawan tuan. Then,dia juga jenis jaga badan. Oleh sebab tu,dia pernah upah orang ubahsuai rumah arwah ayahnya. Dibina sebuah gym kat situ. Dia duduk sana seorang diri. Tapi sofea kawan baiknya tinggal setaman. Mereka tinggal di perumahan privasi. Jauh dari orang luar. Then.. dia bukan jenis guna jenama mahal. Dia.. asalkan bergaya dan kena dengan dia.. dia pakai. Tak perlukan gucci or prada. Dia tak demand dan.. dia sangat independent. Dia pula jenis ramai kawan lelaki. Walaupun ramai yang suka dia.. tak ada pun yang tersangkut sebab dia tak melayan. Ada khabar angin mengatakan dia lesbion sebab dia tak suka lelaki"jelas rossa lagi.
Asaa berkerut memandang rossa. "Mana kau dapat maklumat tu?"soalnya dengan muka curiga. Kedengaran mengarut.
Rossa mengangkat kening kirinya. Matanya memandang sepasang mata bundar bos nya. "Internet ada segalanya tuan. Ini gosip hangat waktu dia universiti dulu. Almaklumlah.. budak famous."kata rossa selamba.
Aaaa memandang tajam PA nya itu. "Jangan buat saya pecat awak mak nenek."tegasnya
Rossa telan liur. Itulah. Seronok sangat cerita pasal orang.
"Sorry Tuan. Saya bacakan maklumat seterusnya pula."katanya berdalih dari kenyataan. Haihlah bos.
Rossa sambung membelek tabletnya. "Ji.. atau nama sebenarnya Zinnirah gemarkan aktiviti lasak macam.. hiking,bungee jumping,redah hutan dan etc. And.. tu je. Yang lain tak penting kut"katanya sebelum menjatuhkan pandangan kepada bos nya yang ralit berpusing-pusing dengan kerusi empuknya itu.
Jari jemari Niqman mengetuk-ngetuk meja kayunya. Mata bundarnya jatuh ke pemandangan bandar. "E-mel kat saya nombor ic,pasport,slamat rumah,dan segala keluar masuk kad dia. Saya nak detail dan bermula dari dia sekolah menengah. Termasuk warna kegemaran dia. Jangan miss or else.. I'll fire you. Hantar pada saya malam ni juga"katanya tampa melihat muka cuak Rossa.
Apa kena bos guwe ni? Tiba-tiba je prihatin? Ingat ni drama cliche ke? Eeeii dia ni.
Niqman berdiri. Kot labuhnya dibetulkan sebelum tangan kannanya mencapai telefon pintar Oppo miliknya. "Baik awak buat kerja. Sibuk kutuk saya"perlinya sebelum melangkah keluar dari pejabat miliknya.
Rossa tercengang.
Apakah? Psikik ke apa? Ergh.. baru sebulan aku kerja kat sini.
Niqman terus keluar dari pejabatnya. Kaki diatur ke lif.
Patut ke aku jumpa dia?
Tapi macam mana kalau aku tersalah orang?
Tak ke buat malu je?
Tapi.. macam ya. Because she wear a handkerchief on her left hand.
Tak semua orang ada habit macam tu.
Jumpa dulu.. kot?
Try dulu
------------------------------------------
Ji pandang Peah yang tercongok di depannya sejak dari masuk ke pagar rumahnya lagi.
"Kau okay tak? Apahal pandang aku macsm aku ni cipanzi yabg baru balik dari Marikh je?"soal Ji sambil mengunci pintu rumahnya. Kskinya pula menyarung sneakers kegemarannya.
Peah tutup mulutnya yang terbuka dari tadi. Kepala digeleng beberapa kali. "Kenapa kau tak cakap kat aku kau nampak lawa pakai kurung pahang? Ha?! Nak kena babap ni."katanya tak puas hati.
Ji buat muka selamba. Cermin mata berwarna magentanya diturunkan sedikit. "Kau yang suruh aku pakai. Kalau nak puji puji je lah. Tak payah nak gedik."kata Ji melepas. Ji memang cakap lepas.
Kakinya diatur mendekati Peah yang memakai kurung riau berwarna hitam. Rekaan baju Peah lebih kepada sulaman dan manik. Lain dengan Ji. Sulaman dan swaroski yang hanya sedikit. Ji tak suka over.
Peah menjengketkan kakinya. "Aku tak kata kau lawa. Aku kata baju kau yang lawa."katanya sebelum memflipkan shawlnya.
Ji buat muka toya. "Helleh. Dah ketot tu ketot jela. Comel je aku tengok. Tak payah nak jengket bagi sama tinggi dengan aku. Aku memang tinggi."kata Ji selamba. Kakinya diatur ke pagar rumahnya.
Peah mengejar Ji. "168 je pun!"kata peah tak puas hati. Geram dengan tinggi Ji.
Ji senyum sumbing memandang Peah. "Kenapa? Kau 165? Ke... 156?"katanya sebelum tergelak.
Peah memukul lengan Ji. Hampir sahaja beg tangan Ji terlucut dari bahunya.
"Tak nak kawan!"peah merajuk. Muncung sekilometer.
Ji buat selamba. Malas memujuk. "Karang aku tak pergi tahlil ni baru tahu"usiknya.
Peah terus memeluk lengan Ji. "Kawan kawan. Aku sayang gila kawan aku ni. Tak jadi tak nak kawan."kata peah tergopoh-gapah. Siap buat puppy eye lagi.
Ji tergelak melihat Peah. Nak je disekeh kepala peah. Tak pasal-pasal kang terbit akhbar bertajuk Ji pukul kawan baiknya bernama Peah. Hahahaha.
Mereka berdua berjalan beriringan ke rumah Peah. Dekat aja loo.. tak sampai pima minit dah sampai. Sebelah je pun. Jarak lebih kurang 200 meter.
Peah mengintai Ji di sebelahnya. "Ji. Kau.. off socmed eh?"soalnya
Ji yang tersenyum nipis selepas menggelakkan Peah hanya memandang lampu jalan yang menerangi laluan mereka.
Peah mencebik. Dia mula menghayun tangan Ji. "Ji..! Aku tengah bercakap ni. Jawablah.."rengeknya.
Ji memandang Peah. "Haah. Malaslah nak buka. Bila aku nak open order baru aku buka. Dah sekedai aku off lah. Malas nak hadap dunia tu"katanya agak menyentapkan Peah.
Peah diam seketika. "Tapi kan. Er.. tapi.."dia teragak-agak untuk meneruskan kalimahnya.
Ji mengerling Peah. "Pahal?"sowlnya acah gengster.
Peah gigit bawah bibirnya. "Nantilah! Lepas majlis habis aku bagitahu kau eh? Ingatkan aku tau."katanya berdolak-dalik.
Ji memandang kerek Peah. Sabar jelah.
Kediaman Rose
Majoriti kediaman di sini dinamakan dengan nama bunga. Macam rumah Peah.. Rose. Ji pula Sunflower.
Puan Raisya bersalam semut dengan Ji. Manakala Ji berusaha mengoyakkan bibirnya dengan melakukan senaman mulut. Senyum!
Peah pula tergelak tengok muka tak rela Ji.
"Lamanya tak jumpa Zinnirah! Makin berseri mama tengok."puji tahap dewa diberikan puan raisya.
Ji hanya tersengih.
Puan raisya menarik tangan ji masuk ke dalam rumahnya. Terus ke ruang tamu tempat tegamu berkpul. Lebih kepada saudara-mara.
Ji hanya menurut. Peah hanya bersedia di belakang untuk sebarang kemungkinan. Hehe.
"Assalamualaikum semua. Duduklah dulu ya?"kata puan raisya. Kakinya melangkah pula ke dapur. Tangan masih menarik tangan Ji.
Ji blur seketika. Ingatkan nak dibawa ke ruang tamu. Ke dapur rupanya.
Sampai di ocean table,puan raisya melabihkan punggungnya di sebuah kerusi tinggi manakala ji duduk berdepan dengannya dan peah di sebelah ji.
Puan Raisya menarik nafas sebelum mulaksn perbicaraan. Ececeh.
"Macam ni. Mama tak cukup kaki tangan untuk tolong mama hidangkan makanan. So.. mama nak minta tolong Ji. Boleh? Lagipun.. tak lama pun. Sekejap je. Sepuluh minit sebelum tahlil mula. Ada Sofea dengan sepupu dia juga. Tolong mama boleh?"kata puan raisya sambil cuba membuat muka comel di depan Ji dan anka gadis bongsunya.
Peah tergelak besar melihat muka bersungguh mamanya.
Ji pula buat muka tak ada perasaan.
"Boleh tak?"soal puan raisya.
Ji diam lagi.
Puan raisya rolling eye. "Okaylah. Nanti mama promote dekat family mama. Jangan risau. Laku keras punya lasagna kamu"kata puan raisya seolah boleh menghidu permintaan Ji yang sememangnya memikirkan untung.
Ji tersenyum menampakkan sebaris gigi putihnya. "Okay mama. Sekarang juga ji pergi tolong kakaitangan mama yang tak menang kaki tu"kata Ji Hyo sambil bangun dari kerusinya.
Peah membuntuti langkah Ji.
Puan Raisya pula lega mendengar kalimah Ji. Bukan senang Ji nak tolong hidangkan makanan. Lagi-lagi ada lelaki. Nasib baik ada alternatif lain.
Khemah
Aku pusing kiri. Peah ni memang tak reti nak tutup mulut ke apa? Dari tadi sibuk je berzikir lagu janam janam dia. Tahulah minat hindustan. Sampai nak pecah pinggan dalam tangan aku dengar suara serak basah dia.
Aku lihat sekeliling. Ramai juga tetamu. Kalau tak silap aku,sekali tahlil keluarga dan kawan rapat. Hurm.. bertuahnya diprang ada keluarga besar macam ni.
Aku?
Sebatang kara.
Mak long aku je dah pindah Melbourne tahun lepas.
Aku.. seorang.
Tapi aku ada Dia.
Dia yang tak pernah tinggalkan aku.
Dia yang sentiasa ada untuk aku.
Ya Rabb.
"Ji. Aku letak bekas ni dulu eh? Kau lap lah dulu pinggan tu sampai berkilat"kata peah yang muncul secara mengejut.
Aku memandangnya. "Okay. Hati-hati"kataku sambil mengelap pinggan.
Peah meninggalkanku berseorangan di bawah kanopi berwarna biru ini. Nasib dekat dengan ruang tamu. Tak adalah seram sangat.
Tup
Tap
Tup
Tap
Siapa pula pakai kasut tumit malam-malam ni? Gila ke apa?
Dah lah kat sini simen. Tak ada rumput dong.
Lantaklah. Anggap jelah dia nak buat catwalk.
"Zinnirah. Assalamualaikum."sapa satu suara garau yang aku boleh kata.. husky.
Kejap.
Dia sebut nama aku.
Aku toleh kanan iaitu arah punca bunyi itu.
Satu saat
Dua saat
Tiga saat
"Waalaikumussalam. Kau siapa?"balasku. Sempoi. Tak ingt aku terus tanya. Bukan jenis macam.. 'wait.. you ni.. oh! Ha.. yelah tu'. Cliche duh. Dan cliche bukan gaya aku.
Mamat depan aku berkerut. Jujur aku kata muka dia bersih,tinggi dia tahap model,badan dia tegap,gaya dia tampak maskulin dan dia nampak matang.
"Lupa aku? Seriuslah?"soalnya dengan senyuman.
Kejap.
Dia ada lesung batu. I means.. lesung pipit.
Dua-dua pula tu!
Ommo!
Aku palingkan pandangan. Aku rasa aku dah melampau. Lagi-lagi minyak wangi Dashing dia menusuk rongga hidung aku.
"Sorry. Salah orang kut"kataku selamba. Tangan mula beralih kepada timbunan garfu dan sudu.
Mamat tadi berjalan dan berdiri di hujung meja. Membelakangkan ruang tamu.
"Aku.. erm.. aku imam kau kut"katanya dengan selamba. Pick up line tak menjadi kepada seorang Zinnirah.
Aku mula serius. "There's no time to make a joke that waste my time. Cakap je apa kau nak then masuk dalam. Settle."kataku sambil mengelap sudu garfu berwarna emas.
Mamat yang berkurta coklat gelap itutergelak pahit. Kesian dia.
"Sampai hati duh kau lupakan aku. Aku kan Faruq Rayqal! Ex ketua kelas kau masa form five."katanya dengan gaya kecewa.
Aku diam seketika.
Waduh.
Aku dah lah ada amnesia.
Mana aku nak ingat benda tujuh lapan tahun lepas.
"Aku tahu kau tak ingat. Slow slow. Nanti kau ingatlah. Jangsn lupa cadbury aku dan jangan lupa kau pernah puji tarannum aku."katanya dengan muka innocent.
Aku kerling dia sekejap. Serius aku loading gila.
Dia memasukkan kedua tangannya ke dalam kocek kurta. Pandangannya redup sebelum kakinya mula melangkah meninggalkan aku.
Selang lima saat,dia bersuara.
"Paling penting Zinnirah As-Safiyah."katanya dengan serius.
Tanganku berhenti bekerja.
"Kita pernah hampir bertunang. Tapi tak jadi. Kau ingatlah balik kenapa."katanya kedengaran perit.
Aku memang amnesia duh. Mana aku ingat.
Aku dapat dengar derapan tapak kasutnya meninggalkan aku.
Lama aku terdiam.
Kenapa aku rasa.. kitorang rapat? Dulu.
Sekejap.
Wait.
No way lah.
Aku puaing belakang.
Hilang.
Mana dia?
Dah masuk dalam ke?
Macam mana ni?
Macam mana manusia macam dia boleh berdepan dengan manusia macam aku?
Kenapa kau jumpa sku lepas aku tolak kau?
Wei!
Kau gila ke apa?
Argh!!! Rayqal! Aku benci kau!
Comments
Post a Comment