Meet me again
Bismillahir rahman nir rahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Twice upon a time,
Ehem ehem
Testing mic
Sorry again.
I just want to say..
This is my fairytale
My fantasy
Some people think I'm crazy
Sorry to say
I'm really crazy.
Yeah.
This is my story.
Thanks for reading.
🎉
-----------------------------------
Dush!
Debush!!
Buk!!
Peluh merinik di dahi.
Kain putih yang membaluti buku limaku sudah terkoyak.
Bajuku sudah basah rasanya. Heh.
Rambut mesti dah serabai.
"Ji! Aku bawakan air detox untuk kau. Aku letak kat sini eh?"laung kawan baikku. Sofea.
Aku mencapai tuala kecil berwarna putih yang aku letakkan di atas meja. Aku mengesat peluhku sebelum mula melakukan cooling down.
"Thanks. Kau bila nak balik? Kang tak pasal-pasal mama kau sembelih aku. Kata aku bawa anak dara orang keluar tak minta izin"kataku selamba. Badanku tetap melakukan cooling down.
Spfea yang duduk bersila di atas lantai depanku hanya tersenyum. "Tak nak balik! Nak teman kau kat sini. Bukan selaluu.."katanya lalu membuat sedepa muncung angsa.
Aku memandangnya. "Sembang. Balik jelah kalau nak balik. Nanti kang ada orang menangis sebab aku tak bagi jumpa mak"perliku.
Sofea buat muka cemberut sebelum tangan kanannya menumbuk lantai. "Tak baik duh"
Aku baru selesai melakukan cooling down. Lantas,aku duduk di atas kerusi kayu berdepan dengan Sofea. Botol minuman aku capai lalu aku meneguk airnya setelah membaca basmalah.
"Tengok tu. Orang cakap dengan dia. Dia buat dek"katanya sambil berpeluk tubuh.
Tak. Sekarang ni kau boleh tunggu aku habis teguk air ni dulu boleh tak?
Selesai menghilangkan haus di tekak,aku menutup botol plastik tadi lalu memandang kawan baikku,Sofea.
"Peah... Aku bukannya tak suka kau datang sini. Kau pun tahu aku macam mana. Nanti mama kau bebel kat aku. Leceh duh. Kau baliklah. Minggu depan kau exam kan? Shuh shuh. Aku boleh jaga diri sorang-sorang"kataku santai sambil mengipas-ngipas diri sendiri menggunakan t-shirt kelabuku.
Sofea naik hantu.
Dia mana suka aku panggil dia Peah.
Kekampungan katanya.
Dia bagi aku pandangan maut.
Apa?
Ingat aku takut?
Heh minah perasan gadis melayu ni.
Ada yang kena moonlight dengan aku karang.
Aku capai jaket putihku lalu mengatur langkah menuju ke ruanh tamu. Malas aku nak layan budak tak cukup anggur tu.
"Ji!!!!!!!"jeritnya dari mini gym aku. Gila betul minah ni. Mahu roboh rumah aku dia buat. Setiap kali dia datang mesti dia nak tesy vokal kat rumah aku. Tahulah bergema. Feel macam dalam studio.
Aku terus melabuhkan punggung di atas sofa sebelum memulakan kerja aku.
Yeah..
Aku ada kerja.
Kerja apa?
Yang penting bukan tanam anggur.
Sekian
============================
"Then? Awak ingat syarikat saya ni lebih pentingkan kuantiti dari kualiti?"sinis sahaja suara itu menerpa gegendang telinga seorang gadis berkemeja ungu.
"Dengar sini ya. Aku bukan nak hina or rendahkan korang semua. But.. keputusan korang sangatlah tidak memberangsangkan. Aku boleh gila lepas temu duga korang tadi. Kat sini.. manusia bekerja untuk cari duit. Bukan jual rupa untuk dapat duit."makin sinis dan nadanya naik seoktaf.
Sentap
Dua orang gadis yang menghadiri temuduga itu sentap habis.
"Aku boleh rekomen korang syarikat lain kalau korang nak. Aku bagi senarai then korang usaha sendiri macam mana nak kerja."kata lelaki itu dengan muka beku. Tangannya lancar menulis sesuatu di atas kertas sebelum mula membuka telefon. Cermin mata ungu gelap terletak kemas di batang hidungnya.
Dua orang gadis itu masih kaku berdiri di hadapan lelaki yang kelihatan beku dan dingin itu.
"Stella. Bawa diorang keluar. Ajar diorang tentang imej diri sebelum diorang angkat kaki dari sini"arah lelaki itu. Walaupun kedengaran baik.. nadanya cukup sinis. Sinis sehingga menoreh seketul hati yabg lembut tak bertulang.
"Baik tuan."kata Stella selaku PA lelaki tersebut.
"Sini cik"kata stealla sambil menunjukkan arah pintu pejabat.
Dua orang gadis itu kemudian menurut.
Lelaki tadi sibuk melayan telefon pintarnya. Dua orang gadis itu pula hampir menitiskan air mata. Mana tak nya. Sentap habis!
Pantry
"Sebenarnya.. bos saya tu baik. Dia cuma tak suka perempuan pakai kasut tumit. Itu sahaja. Saya minta maaf sangat."kata stella,wanita berusia 30 tahun itu dengan serba salah.
Dua orang gadis di hadapannya diam membisu.
"Tak apalah kak. Lagipun,kami memang tak bagus waktu temu duga tadi."kata Ain yang memakai kurung pahang berwarna nude.
Stella masih serba salah.
"Apa kata kamu cuba temu duga di syarikat yang Tuan cadangkan? Mana tahu dapat? Lagipun tak jauh dari bidang kamu. Cubalah."katanya dengan senyuman manis.
"InsyaAllah kami cuba. Lagipun,kami berdua kawan baik. Tak nak lah berpisah kalau boleh."kata Nawra pula. Senyuman pahit dilemparkan kepada Stella.
"Er.. boleh saya tahu kenapa Tuan tak suka perempuan pakai kasut tumit tinggi? Saya pakai sebab ini salah satu kriteris yang perlu ada. Bila pakai kasut tumit.. diri lebih yakin. Tapi.. saya tak tahu pula mendatangkan keburukan kat sini"kata ain serba salah. Jari jemarinya bermain dengan hujung lengan baju kurung pahangnya.
"Haah. Patutlah saya pelik kenapa semua kat sini pakai kasut sarung."kata nawra pula.
Memang pelik. Malah di mana sahaja mereka pergi,sikit pun tak dengar bunyi kasut tumit mencium lantai. Sunyi sepi. Yang kedengaran hanya bualan halus para pekerja.
Stella hanya tersengih. Dia sendiri tak pasti kenapa bos dia tak suka perempuan pakai kasut tumit tinggi. Lagi-lagi kalau bunyi dia tu dari planet zuhal boleh dengar. Fuh... Mahu mengamuk bos dia.
_____________________________________
So,harini ana nak hantar lasagna pada customer!
Order untuk harini banyak memandangkan harini adalah hari kerja. Isnin! Blue Monday. Yaumul isnaini.
Kereta honda civic hibrid aku parking di sebelah bangunan pencakar langit di depanku. Warnanya seakan biru kristal. Tingkap dia.. fuh! Berkilat. Manusia di sini pula berpakaian kemas lagikan segak. Semuanya kelihatan berdisiplin. Almaklumlah syarikat IT.
Setelah memastikan penampilanku kemas,aku keluar dari kereta. Harini ada 10 order dari staf kat sini.
Kaki aku atur ke pintu masuk. Atas budi bicara.. aku dapat masuk tanpa pakai kad staff di sini. Kat sini kalau bukan staff payah nak masuk you all. I masuk pun pakai kad pengawal kat sini. Hurmm..
Cantik design bangunan ni. Moden dan tenang. Selesa. Aman dan damai. Terlebih puji pula.
Aku ke kaunter yang terletak di tengah lobi. Besar naw kaunter dia.
"Assalamualaikum cik. Saya nak hantar pesanan lasagna. Golden Kitchen Ji. Saya tinggalkan pesanan di sini or nak saya hantar sampai ke tangan pembeli?"sapaku dengan ramah plus penuh adab sopan.
Masalahnya..
Aku tahulah aku tak kaya macam korang.
Aku tak pakai blazer.
Tak pakai make up.
Tak kerja dalam aircond.
Tak payahlah pandang aku hina sangat.
"Sokay. Awak tinggalkan je kat sini. Bagi nama pembeli then saya inform kat diorang"kata seorang perempuan yabg aku kira umur dia 30 lebih. Lipstick merah gila duh.
Aku angguk sambil menguntum senyuman. Plastik putih berisi bekas lasagna aku letakkan di atas kaunter.
One thing about my lasagna...
Bau dia
Bau dia menerpa rongga hidung setiap manusia kat lobi ni.
Sampaikan ada yang jumpa aku kata nak beli.
Dan aku layan!
Yeah!
Nasib baik ada extra 5 bekas lagi.
Sesekali tu pelayan di kaunter main jeling-jeling aku.
Kisah apa aku?
Asalkan duit masuk.
Aku on je.
Selesai berjual beli.. aku aturkan langkah menuju ke kereta aku.
Seronok rasanya dapat tambah customer.
Buk!
Allahu akbar.. siapa langgar aku? Ke aku langgar dinding? MasyaAllah.. kerasnya macam batu.
"Ssorry cik."kata satu suara garau. Mak oi minyak wangi dia.. pakai satu tong ke?
Aku angkat kepala aku yang ditutup dengan tudung bawal dan hoodie.
"Tak apa. Saya salah juga sebab tak pandang atas waktu jalan tadi. Sorry"kataku berselit sindiran.
Lelaki ni segak duh.
Macam Chang wook.
Duta fesyen ke apa?
"Saya minta diri dulu. Assalamualaikum"kataku dengan sopan.
"Waalaikumussalam."katanya lalu memberiku ruang untuk lalu. Syarikat ni pun satu! Buat pintu masuk kalau boleh sekecil liang roma! Haihla.
Aku lalu di sebelahnya sambil tertunduk. Malu duh langgar lelaki.
"Er.. cik. Kain cik terjatuh"kata mamat tadi.
Langkah kaki aku terhenti.
Kejung sekejap.
Kain?
Kain aku jatuh?
Wei!
Aku pandang kaki aku.
Eh? Aku pakai seluar.
Aku pusing belakang.
Dia pegang handkerchief aku warna baby blue yang aku selalu ikat kat pergelangan tangan kanan aku. Entahlah. Habit.
Aku tersengih sebelum aku mengambil handkerchief aku. Cakaplah handkerchief pandai. Ni kain. Kau buat orang salah sangka duh.
"Hati-hati"katanya dengan suara husky. Auch!
Aku mengukir senyuman. Kaki aku kemudian diatur menuju ke kereta.
Habis bedegup laju jantung aku. Nasib tak tercabut je.
Nak story kat Peah tak? Hurm.. esoklah. Hehe.
"Tuan okay?"soal Stella selaku PA Niqman Asyraf. COO Silver A•.
Niqman sekadar tersenyum nipis.
Stella faham bos dia. Kalau tak bercakap tu maknanya baguslah. Kalau dia mula membebel kalah mak nenek tu... Faham-fahamlah dia. Bos dia naik hantu. Mesti ada silap.
Mereka berdua berjalan menuju ke arah lift.
"Awak kenal siapa tadi tu?"soal niqman sambil menunggu ketibaan lift. Lift pun ditunggu.
Stella bingung. Siapa siapa?
"Er.. siapa maksud tuan?"soalnya
Niqman buat muka blur buat seketika. "Perempuan yang pakai sneakers tadi"katanya senada.
Ting!
Lift dah sampai!
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam lift.
Stella berdiri di belakang kiri bosnya.
"Maaf tuan. Saya tak kenal dia. Tapi saya tahu dia jual lasagna."kata Stella memgikut pemerhatiannya.
Niqman mengangkat kening kanannya. "Lasagna? Pasta yang di taruh cheese tu? Makan dalam bekas aluminium?"soalnya
Stella tersenyum. "Dia punya.. lain sikit. Kalau ikut staf kita yang merupakan customer dia,lasagna dia lain. Ada banyak jenis. Dia tak gunakan bekas aluminium sebaliknya bekas plastik mesra alam. Harganya berpatutan dan sangat lazat. Dia gunakan bahan segar dan dia masak pada hari dia buat penghantaran. Dia juga gunakan rempah seperti paprika dan rose mary. Sebab tu dapat sambutan. Malah,dia gunakan jenama dia sendiri yang dah ada kelulusan SSM."jelas stella penuh teliti.
Niqman yang mendengar terangguk-angguk.
Ting!
Pintu lift terbuka.
Mereka tiba di tingkat 32.
Niqman berjalan keluar bersama PA nya itu.
"Selidik lagi tentang dia. Bagitahu saya pagi esok"katanya dengan muka beku. Bila dah sampai tingkat pejabatnya muka memang auto beku.
"Baik tuan"kata stella.
-----------------------------------------
Sepi
Menghukum diri kembali
Untuk memikirkan tentang kita
Tanpa henti
Lagi
Maaf
Andai kau terluka
Maaf ku tak sengaja
Tanpa sedar
Sakitimu
Sesalku maaf
Buku nota di depanku aku selak. Apahal rasa macam salah lirik eh?
Telefon huawei aku capai. Aplikasi You Tube aku buka.
Carian:Peluang Kedua
Aku menatal skrin telefonku. Sini liriknya dong..
Kenapa seorang manusia menagih peluang kedua?
Pelik.
Aku mana reti bab perhubungan ni.
Dari aku sekolah menengah aku memang kenal dengan Peah je. Kawan baik aku. Best buddy till jannah. Aku tak suka bergaul sangat dengan orang. Kecuali waktu berbisnes. Sebab tu aku perlahan-lahan berubah. From introvert to extrovert. Tak adalah extrovert sangat.
Aku kenal Peah dari aku form one. Sampailah uni kitorang berpisah. Aku ambil izajah sarjana muda perakaunan. Dia pula ambil farmaseutikal.
End up.. aku buat bisnes. Dah lama dah aku buat bisnes. Dari aku sekolah menengah aku mula start jadi ejen produk itu ini. Aku cabar diri aku sebab aku perlukan duit waktu tu. Zaman aku susah. Aku dulu tinggal dengan abah. Abah dulu askar. Selalu tak ada kat rumah. Aku pula jenis tak reti meminga. So,aku kumpul duit sendiri.
Sampailah sekarang. Abah tinggalkan aku tahun lepas. Aku duduk rumah arwah abah yang banyak kenangan. Aku.. sebatang kara. Aku dah tak ada keluarga terdekat such us ibu or ayah sebab aku anak tunggal. Atuk nenek aku pun aku tak tahu khabar. Mak cik pak cik apatah lagi. Tambahan pula keluarga arwah ibu dan abah memang tak sekepala sehati sejiwa.
Sedih ke?
Tak kan?
Ibu pula.. aku hilang ibu dua minggu lepas aku lahir. Ibu susuan aku adik mak aku. Tapi.. hurm. Ibu orang arab. Separuh arab. Adik dia pun sama. Aku panggil mak usu. Dia balik arab masa aku tiga tahun.
Entah kenapa aku rasa macam..
Sendu
Hidup aku
Tapi aku yakin..
Setiap perkara ada hikmahnya
Macam sekarang
Aku independent
Sampaikan mama Peah selalu bebel kat aku.
"Anak dara tak elok duduk rumah sorang-sorang.."
"Kamu tu perempuan ji oiii"
"Bahayalah!"
Dan macam-macam lagi bebelan.
Aku tahu aku perempuan.
Sebab tu aku belajar muay thai dan taekwondo. Senang sikit.
Rumah arwah abah pun aku dah renovate duh. Aku buat ikut kesukaan akulah. Kisah apa aku. Duit aku.
Back to reality.
Umur aku...bila ikut kira-kira.. ermm.. jangan tergezut.
Aku..
Dua puluh empat.
Auch!!
Yeah..
Aku tua
Sedih...
Tapi aku okay je.
Ha.
Okay je.
Anggaplah segalanya okay.
-Bersambung-
Terima kasih kerana membaca.😊
Kita sambung bulan depan pula ya?
Terima kasih..
💙💙💙💙💙💙💙
Teka-teki : Siapa nama Ji?
Siapa jawab dia cute!
Thanks...
Comments
Post a Comment